Yayasan Kanser Malaysia

Yayasan Kanser Malaysia

Donate To YKM Programs

Projek Jejak Kanser Edisi Ramadan 

Pada tanggal 30 dan 31 haribulan Mei yang lalu, pihak Yayasan Kanser Malaysia yang diketuai oleh Ustaz Don Daniyal telah mengunjungi 5 orang pesakit kanser. 

Pihak YKM telah memberikan sedikit sumbangan merupakan keperluan asas dan juga duit raya untuk persiapan menjelang Hari Raya AidilFitri.

Pihak YKM dengan rendah dirinya ingin membantu pesakit-pesakit kanser dengan memberikan keperluan asas dan semangat yang sangat diperlukan oleh pesakit kanser. 

Kepada orang ramai yang sudi menghulurkan bantuan di sepanjang bulan Ramadan ini, terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan.

Sumbangan masih dibuka untuk membantu pihak YKM terus berbakti kepada pesakit-pesakit kanser yang sangat memerlukan bantuan kita. 

#yayasankansermalaysia#ykm#cancerawareness#cancertreatments#ramadankareem#ustazdon