Yayasan Kanser Malaysia

Yayasan Kanser Malaysia

Donate To YKM Programs

“Dari qalbu yang suci segalanya bermula gema dan firasat yang dianyam oleh para pejuang Yayasan Kanser Malaysia mendambakan keharmonian sempena I’dul Fitri 1440 ”

Yayasan Kanser Malaysia dan barisan kepimpinan serta para aktivisnya berusaha menterjemahkan nilai-nilai kehidupan masyarakat yang lebih harmoni kepada golongan sasaran. Sempena I’dul Fitri 1440 ini kami ingin berkongsi rasa keprihatinan kami kepada seluruh warga masyarakat yang ahli keluarga mereka mengidap kanser.Bebanan dan penderitaan yang ditanggung amat perit, namun kita perlu bangkit untuk mencipta tranformasi emosi, agar emosi kegembiraan di I’dul fitri 1440 dapat mengubah pemikiran dan akan menjadi ransangan kepada semua kita untuk menghasilkan sesuatu yang bermakna.

Yayasan Kanser Malaysia tidak mahu terjerat dan kaku dalam kepompong keperitan sepanjang masa, moga Idul Fitri kali ini kita laungkan kalimat takbir, tahlil, tasbih dan tahmid sebagai laungan memuji Allah yang maha Esa. Kami iringi dengan doa dan munajat agar kita semua dilimpahi barakah dalam kehidupan ini. Kepadanya bermula setiap sesuatu. KepadaNya kembali segalanya.

Dalam kerendahan hati dan jiwa tertanam ketinggian budi,
Dalam kemiskinan harta dan dana wujud kekayaan jiwa,
Dalam kelembutan lidah dan bicara pasti ada kekhilafan tutur kata,
Dalam senda dan gurau sudah tentu terselit dosanya.

MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA.

Selamat Hari Raya I’dil fitri 1440
Moga silaturahim berkekalan dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.

Daripada :

YB Dato’ Ahmad Bin Kasim
Pengerusi Kehormat
Yayasan Kanser Malaysia.