Yayasan Kanser Malaysia

Yayasan Kanser Malaysia

Donate To YKM Programs

Yayasan Kanser Malaysia telah menganjurkan Program Ziarah Harapan YKM di Hospital Kuala Lumpur bersama YB Dato’ Ahmad bin Kasim, Pengerusi Kehormat, YKM dan YB Nurul Izzah Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 30 April yang lalu. 

Program Ziarah Harapan YKM ini diadakan bagi menziarahi pesakit kanser disamping memberikan sokongan moral kepada mereka.

Pihak YKM ingin memberikan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Dr Heric Corray, Pengarah HKL dan semua pihak di Institut Radioterapi dan Onkologi, HKL atas kerjasama untuk menjayakan program ziarah di Wad 4, Institut Radioterapi dan Onkologi, Hospital Kuala Lumpur. 

Tidak lupa juga, ribuan terima kasih kepada YB Nurul Izzah Anwar kerana dapat meluangkan masa dan menghiburkan hati para pesakit kanser disamping memberikan sumbangan produk organik Lush Malaysia dan Madu Tualang Asli. Juga kepada Rina Salleh Clothing, terima kasih diatas sumbangan yang diberikan.

Yayasan Kanser Malaysia mensasarkan untuk membantu lebih ramai pesakit kanser pada masa yang akan datang.

#yayasankansermalaysia#ykm#hospitalkualalumpur#hkl#cancertreatment#cancerawareness#cancer#permatangpauh